Friday, April 2

Din Beramboi Meninggal Dunia


Al-Fatihah buat Arwahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih kenali sebagai Din Beramboi yang telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam tadi.

Berikut petikan daripada Utusan Online

**********************************************************

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

******************************************************************************

Aku memang minat dengan Din Beramboi ni. Lawak-lawak spontannya memang buat aku tak kering gusi.. Tapi apa kan daya, ajal maut di tangan Tuhan. Semoga dia tenang di alam sana. Apa yang pasti, Malaysia telah kehilangan satu lagi insan yang berbakat besar.

4 comments:

  1. Hi, salam perkenalan.

    Sgt x sangkakan Din Beramboi da meninggal. Rasanya baru je dengar lawak2 mengarut die kat Rancangan Raja Lawak dan Radio ERA. Balik keje smlm baca Metro, die masih sakit n kat ICU. Xsangka secepat ni meninggal. Al-Fatihah buat arwah dan Takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah bt beliau.. Salam takziah bt keluarga beliau.. Dr-Nya kte dtg & Kpd-Nya kte kembali..

    ReplyDelete
  4. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
    الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
    مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
    اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ
    عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu