Ini cerita khas arwah abang aku. Mohd Kazali namanya.. Meninggal dunia waktu usianya 2+ tahun. Tapi nama Kazali memang jarang disebut dalam keluarga aku. Kerana kami adik beradik memanggilnya dengan gelaran abang ngah. Mak ngan abah pun panggil dia angah sahaja.
Abang Ngah memang tidak sempurna seperti orang yang lain. Sepanjang hayatnya hanya berkerusi roda. Namun, di zaman kanak-kanaknya normal seperti kanak2 lain. Masa di tingkatan 3 kaki abang ngah mula lemah dan tak mampu berjalan. Sebelum itu pun dia selalu terjatuh dengan sendiri. Mak ngan abah ambil keputusan berhentikan abang ngah dari sekolah.. Sayang, kerana dia merupakan antara pelajar yang cemerlang.
Walau pun hanya berkerusi roda, abang ngah memang rajin. Selalu tolong mak kat rumah. Basuh pinggan, lipat baju, sapu sampah.. Semua dia usahakan untuk meringankan beban mak. Aku ingat lagi abang ngah ada penyapu khas sendiri. Penyapu lidi yang cuma ada beberapa batang.. Satu rumah boleh disapunya.. Ya.. itulah abang ngah. Walaupun tidak sempurna, tidak menghalang dia untuk berbakti kepada orang tua.
Antara adik beradik yang lain, aku lah yang paling rapat dengan abang ngah. Mungkin sebab abang2 aku yang lain bersekolah asrama. Setiap hari aku lah yang menjadi kawan dan pengacau abang ngah. Aku pernah berkata pada dia.. "Kalau kita dah besar nanti, kita belikan abang ngah kerusi elektrik. Tak de la susah nak kayuh sana sini"
Betullah bagai di kata, setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Aku kagum dengan abang ngah. Tangannya penuh dengan kreativiti. Aku ingat lagi masa sekolah rendah, abang ngah akan buat sticker doraemon untuk aku jual kat kawan-kawan. Ada yang besar, 50 sen. Ada yang kecil, 20 sen. Semuanya hasil tangan dia sendiri. Dari melukis, mewarna, menggunting.. Siap laminated pakai salotape. Tapi, akhirnya berhenti kerana kata-kata dari cikgu aku: "korang beli ni buat apa.. Dah tentu dia gunting dari komik, lepas tu jual." Aku pula dengan lurus bendulnya mengadu dengan abang ngah. Hampa agaknya perasaan dia.. Bukan abang ngah gunting.. Dia lukis sendiri.. Depan mata aku tengok kerja yang dia buat.. Nasib waktu tu aku kecil.. Kalau besar, dah lama aku sound balik cikgu tu..
Abang Ngah minat sangat dengan Siti Nur Haliza. Semua kaset Siti dia ada beli. Beli dengan hasil titik peluh dia sendiri. Masa tu mak ambil ubah buat rozek bunga.. (yang ada pin, lepas tu orang rewang selalu pakai kat tudung). Bunga rozek yang abang ngah buat, mak akan bagi duit kat abang ngah. Pula tu kalau buat, dia yang paling laju siap.. Berkotak-kotak pulak tu..
Melukis potret pun abang ngah pandai.. Cantik lukisannya. Pernah dia lukis potret cover kaset siti dan noraniza idris.. Seri Balas.. Cantekk.. Sebiji macam gambar penyanyi tu.
Abang Ngah cepat belajar.. Korang semua pandai pakai sempoa? Alat kira tradisional cina tu? Kalau ada pun yang pandai mesti tambah ngan tolak je kan? Abang Ngah tahu sampai darab dan bahagi. Nak tahu macam mana dia belajar? Tengok Selamat Pagi Malaysia je.. Tak tahulah rancangan tu ada lagi tak sekarang. Dia belajar dari tv je.. Boleh dia ajar adik dia yang seorang ni.
Kalau pakai komputer pun, dia yang tahu dulu. Adobe photo shope?? Kacang je bagi dia.. Dia belajar sendiri.. Abang aku yang ambil course sains komputer pun belajar dengan dia..
Pernah dengar Komik Pendekar Laut? Abang Ngah memang kumpul komik ni. Keluar 2 minggu sekali, harga RM3.50. Tiap2 keluaran dia beli.. Yang tukang belikan pula, anak mak long aku. Asri namanya. Asri ni tak pandai membaca sebab dia memang tak bersekolah. Jadinya, abang ngah akan bacakan untuk dia.. Sambil tu abang ngah ajar dia membaca.. Hasilnya sekarang, bukan je dah pandai membaca.. Asri dah boleh chatting pun cari awek... hehehe..
Itulah sedikit pengenalan mengenai abang aku.. Apa kena mengena dengan air ribena?
Masa tu aku dalam tingkatan 6. Arwah abah dah meninggal 2 bulan dah. Abang ngah pula sejak akhir2 ni demam + batuk. Malam tu makan seperti biasa je.. Mak masak lauk udang. Abang Ngah nak makan udang tu. Mak cakap.. "Angah, angah tak boleh makan udang ye. Angah batuk.. Nanti dah baik, makanlah". Aku pula sebagai adik, kesian ngan abang ngah. Kat bawah meja, aku kopek kulit udang tu, lepas tu suap kat mulut dia cecepat..
Lepas makan, masa aku basuh pinggan abang ngah cakap ngan aku. "Nor, nanti tolong buatkan air ribena." Aku pun angguk je. Aku teringat kat Ribena yang aku beli siang tadi. Belum buka pun.. Niat aku kejap lagi aku buatkan lah tuk dia. Sempat terlintas dekat hati aku. Kejap lagi buat air ribena abang, takut kempunan pula dia nanti.. Habis cuci pinggan, aku terus lupa pasal air ribena sebab sibuk tengok cerita P.Ramlee kat tv. Abang Ngah pula awal masuk tidur malam tu. Masa dia nak naik katil dari kerusi tu, dia terjatuh. Aku tak lah hairan sangat, sebab benda tu memang selalu terjadi. Aku pun masuk bilik, terus angkat dia naik katil. Dia tidur.. Aku pun sambung tengok tv..
Menjadi kebiasaan aku bila pepagi sebelum pergi sekolah, aku akan angkat abang ngah ke kerusi roda. Namun, pagi itu tidak. Sebab ada abang ipar aku kat rumah. Dapat lah abang ngah tidur lama sikit. Aku pun terus start motor pergi sekolah. Separuh perjalanan aku ke sekolah, tetiba handset aku bunyi. Aku pun angkat telefon.. Abang Daud telefon.. Korang dah dapat agak kan apa khabar yang dibawa? Ya.. Abang Daud cakap abang ngah dah tak de.. Berderau darah aku.. Terkejut.. bukan kepalang.. Aku tak dapat dengar suara abang daud dengan jelas, sebab diiringi dengan esak tangis dia.. Akak aku ambil alih telefon. "Nor, abang ngah dah meninggal Nor. Nor balik ya.. Bawa bersabar.. Bawa motor perlahan2.
Aku masa tu tak de apa dah aku fikir.. Yang pastinya sepanjang perjalanan nak balik rumah tu aku rasakan terlalu lama. Mungkin sebab aku tak sanggup untuk menghadapi kenyataannya bila aku sampai kat rumah. Abang kesayangan aku pergi tinggalkan aku selamanya.. Aku pun terus teringat hasrat abang ngah nak minum air ribena yang tak kesampaian..
Walau pun cerita dah lama berlalu, sampai sekarang ianya menjadi suatu penyesalan yang terpaksa aku galas sepanjang hidup. Apalah kiranya kalau aku berhenti kejap basuh pinggan dan buatkan abang ngah air.. Kenapa mesti aku lupa? Kenapa??
Buat kawan-kawan semua yang sudi baca post aku yang panjang berjela hingga ke akhirnya ni, Ingatlah.. Kalau insan tersayang korang inginkan sesuatu, sekiranya berkemampuan tunaikanlah.. Janganlah ditangguh2 kan.. Sebab mungkin itu menjadi permintaan terakhir darinya..
aduhai.. menitik airmata afne baca entry ni. sepantas kilat teringat arwah adik lelaki tunggal yg meninggal hampir 3 thn lps. igt lg masa tu dia tanya "kak epi, ko kawen bila?" afne cuma berseloroh jwb "knp? ko nak sponsor pape ker? hehe.." tak sangka rupanya tanya bersebab.
ReplyDeletearwah adik afne pn jenis tgn berseni pandai melukis. koleksi majalah buku2 komik berbakul2 sampai mak pernah buang sbb bersepah dlm bilik. bila arwah melukis sebiji mcm dlm komik. byk kali menang bila masuk contest dlm komik tu.
ya allah, moga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yg soleh & beriman, amin.
sedihnyer..setiap kehilangan tu amat pedih..susah nk luahkan macamana..sy dah rasa masa arwah ayah meninggal 2008..tk dapat nak bayangkan..memang..dia akan tinggalkan sesuatu kehendak yg kita tk dpt tunaikan..sebabnyer nk bagi kita ingat pada dia..
ReplyDeleteuwaaa sedihhhh...mlm td dh menitik airmata tgk "Jangan Tidur Lagi"...pagi ni bc N3 ni sedih lagi...
ReplyDeletesetiap yg pergi tu ade hikmah nye...
ReplyDeletesedey aku baca ... tringat plak kat mak aku ....
sedih...sampai menitis air mata ni baca.....
ReplyDeleteal fathihah untuk arwah.....
hi,, sedihh nya baca..nak nangis dh ni..ku baca dr prenggan atas..spai bwh tak miss satu ayat pun..
ReplyDeleteterima kasih kawan2.. moga doa kalian jadi hadiah dia di sana..
ReplyDeletetak boleh tahan baca n3 nie....mengalir juga air mata...semoga rohnya dirahmati oleh Allah...al-fatihah...
ReplyDeletesabar lah kak..benda dah berlaku dan berlalu..bnyakan sedekah al-fatihah utk arwah yer kak..semoga dia ditempatkan disisi org2 yg beriman..aminnn
ReplyDelete