Macam yang dijanjikan, akhirnya aku jumpa juga masa untuk tulis post. Nak kongsi pengalaman aku pergi operate gigi hari tu. Rugi kalau tak baca.. Bukan semua orang berani macam aku untuk mendapatkan pengalaman ini.. He he he.. :P
Isnin, 5 April 2010
Aku punya temujanji di setkan pukul 2 petang. Tapi, macam biasalah kan.. Suami aku mesti lambat nye datang jemput aku.. Dah nak dekat pukul 3 baru dia terhegeh-hegeh muncul depan pintu nak bawa aku pergi hospital. Then, pukul 3.15 sampai la dekat kaunter poliklinik gigi Segamat. Dengan muka masam-masam manis + malu + takut aku pun pergilah buat pendaftaran.
"La.. pukul 2, apsal pukul 3 setengah baru datang? Nanti saya tanya doktor dulu"
Itulah kata budak misi tu kat aku.. Ehehe.. Well, u know my husband.. always late.. (cakap aku dalam hati).
Dalam 15 minit lepas tu nama aku pun naik kat skrin, NURAZLINA ARIS, SURGERY 1. Wah.. sudah tiba masanya.. Hati dah mula seram-seram sejuk.. Tapi aku kuatkan semangat..
Masuk dalam bilik, yang menanti aku ialah seorang doktor perempuan kecil molek berbangsa melayu. Baik betul doktor ni.. Cakap pun lembut je.. Tak berapa ingat namanya. Dia tunjukkan X ray gigi aku dan bagi keterangan pasal operation. Dalam hati aku, Tuhan sahaja lah yang tahu.. Rasa macam nak lari keluar balik pun ada.. Tapi malu!!! Aku hanya anggukkan aje apa yang doktor tu cakap.
Memula dia cucuk ubat bius dulu. 3 jarum tu.. Memang berasa lah masa dia cucuk. Dua dekat gusi belah dalam dan yang ketiga dekat gusi luar pula. Ini yang paling sakit. Bila dah selesai cucuk, dia biarkan dulu kasi ubat bius meresap.
Okey, seterusnya bermulalah sesi membelah gusi dan mencabut gigi aku. Tak banyak yang dapat aku cerita. Sebab most of the time aku just pejamkan mata je. Tak berani nak tengok pisau yang dia pakai. Tapi, memang tak ada rasa apa-apalah..
Dekat setengah jam juga doktor cuba keluarkan gigi tu.. Akhirnya siap juga.. Last sekali dia jahit tempat yang kena belah. Panjang betul benangnya.. Macam tali tangsi warna hitam. Tapi jahitnya sikit aja. Erm.. keluar topik jap.. Ingat waktu kena jahit lepas bersalin dulu.. Memang ada nurse cucuk bius.. still terasa sakit time kena jahit. Nurse tu tanya kat aku "Tak sakit ke?" Then aku jawab "Sakit".. Nurse tu cakap lagi "Tapi muka awak macam tak sakit je.. Rilek je..". Aku jawab "Habis nak buat macam mana?? Tahan je la".Ehehe.. Aku memang jenis macam ni. Tak suka nak mengada-ngada ngan orang. Nanti orang menyampah pulak tengok kita..
Ok.. lepas habis jahit gusi tu, doktor cakap lagi "Ubat bius tadi biasanya tahan dalam 3/4 jam. Jadi malam nanti memang akak akan rasa sakit lah ye. Pastu pipi memang akan bengkak. Akak boleh lah tuam ya.. Makan ubat yang disediakan.." Masa tu rasanya alahai... tak sakit pun cabut gigi.. Lepas balik hospital, siap aku boleh pergi shopping lagi..
Sampai rumah dalam pukul 5 lebih.. Ubat bius dan makin hilang.. Aku dah mula rasa denyut-denyut kat tempat jahit tu. Tekak pun mula rasa sakit.. Sakit denyut tu tak boleh tahan betul.. Memang sakit sangat.. Menangis juga lah aku dibuatnya.. Tapi, tak lama. Dalam 2 ke jam lepas tu hilang.
Sekarang dah masuk hari ke 4, bengkak kat pipi dah mula surut. Makan pun dah boleh.. Siap aku makan McD lagi tadi.. Hari Isnin ni pergi buka jahit pula.. Yeaahhooo dabedabedooo.... Lepas ni bolehlah tidur dengan aman dan tenteram..
kenapa dgn gigi tu?
ReplyDeleteaku ada gak pengalaman ngeri kene operate utk cabut gigi.. masa ubat bius ada lg, ok lg.. bila ubat bius dh ilang.. meraung pun tk guna.. huii sakitnyeee...
tau tak pe..
ReplyDeletesalam, nak tanya, klu cabut gigi tu berapa lama cuti kita dapat yer...setengah klinik swasta bagi 7 hari..tapi bayaran dia makan 4-5 ratus tuu..woo..mahal..mahal.tamo tamo..so saya pilih klnik kerajaan ..dari segi ongkos..berapa yer kene bayar cabut gigi tuh?
ReplyDelete