Saturday, April 3

Persembahan Shahir Yang Mantap


Tak rugi betul tengok konsert kali ni. Pelajar mula ada confident dan vokal mula terserlah.. Bagi aku, konsert malam ni yang paling mantap persembahannya ialah Shahir. Dia menyanyikan lagu Jamal Abdillah, Derita Cinta. Suara jantannya memang power.. Namun, ada juga suara-suara sumbang dari pengkritik yang mengatakan Shahir terlalu mengikut cara Jamal Abdillah. Tak berapa setuju sangat dengan itu. But, they know much better than me. Terima sahajalah dan jadikan pengajaran..

Selain Shahir, Ain juga mula membuka mata aku dengan lagu Cinta Antara Benua, nyanyian asal Arni Nazira. Kalau sebelum ni dia pernah mendapat pujian dengan lagu The Climb, tapi bagi konsert pertama dan kedua persembahan dia mula membosankan aku kerana asyik diberi lagu berentak rancak iaitu Hey Ladies dan Lagu Gembira. Bosan kerana lagu seperti itu membuatkan aku tak dapat dengar vokal dia dengan baik.. Tapi, malam ni, dengan lagu balada itu, mengembalikan Ain sebagai salah seorang pelajar favourite aku.

Adira pula kali ni kurang memberansangkan. Mungkin aku sudah mula jelek dengan cara sebutan dia yang bak kata pengkritik terlalu over. Mungkin sesuai untuk lagu-lagu sebelum ni yang berentak perlahan. Namun bagi lagu Kini, memang tak sesuaiii... Sakit telinga pun ada..

Setakat ini sahaja kritikan dari pengkritik tak dijemput ni.. Pelajar yang aku tak sebutkan namanya di sini bermakna tak melekat persembahannya di minda aku. Ehehehe.. Apa yang penting ini adalah berdasarkan pandangan aku seorang penonton dan peminat Akademi Fantasia. Lain orang lain rasanya.. Jangan segan-segan untuk meluahkan pendapat masing-masing ya..

1 comment:

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu