Thursday, April 15

Jelajah Blog Ibu, Oleh Ben Ashaari



Dah ada beberapa blog ibu yang telah selamat direview dan dijelajah oleh Encik Ben Ashaari ni. Sebelum ni aku tengok secara senyap je. Tapi hari ni, rasanya aku pun nak ikut sama juga. Terima Kasih diucapkan untuk Ben Ashaari yang sudi untuk memberi ruang buat blog-blog ibu yang baru nak menapak seperti aku ini..

Untuk menerima jelajah dari Ben ni, ada syarat-syaratnya.. Antaranya ialah,

1. Pastikan ada header blog Ben Ashaari dalam entry serta link back to his entry..


2. Ringkasan mengenai blog anda:

Blog ni merupakan satu-satunya blog aku yang berjaya aku pertahankan. Sebelum ni ada juga
buat blog, tapi tak aktif. Pada mulanya tujuan blog ni adalah untuk berkongsi pengalaman
dengan ibu-ibu yang lain mengenai anak ku yang tersayang tu. Tapi, lately aku luaskan aspek
penulisan aku. Bukan sekadar bercerita mengenai anak dan aktiviti harian aku, tetapi blog ini
juga menjadi tempat aku berkongsi maklumat dan luahan pendapatku mengenai isu semasa
dan apa sahaja yang terlintas di fikiran.

3. Dari mana aku tahu mengenai segmen Jelajah Blog Ibu ni?

Dari blog-blog ibu yang aku dah follow dan juga yang telah dijelajah oleh Ben.

Itu sahaja syarat-syaratnya.. Akhir kata from my little one..

To all mommies.. apa lagi jom lar sekali.. klik kat header ben or sini

6 comments:

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu