Monday, April 19

Cerita Di Sebalik Nama

Perkara yang paling kita excited sekali bila dapat tahu kita akan dapat baby ialah mencari nama yang sesuai untuk anak kan? Sebagai orang Islam, ada beberapa panduan dalam menamakan anak, iaitu
  • Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
  • Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
  • Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
  • Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Okey, itu serba sedikit maklumat untuk dikongsi.. Berbalik pada tajuk post, cerita di sebalik nama, ha.. kat sini aku nak berkongsi dengan ibu-ibu semua mengenai nama anak dan maksudnya.. Tidak aku nafikan selalunya kaum ibulah yang bertungkus lumus cari nama untuk anak. Kalau boleh kita nak nama tu disamping mempunyai maksud yang baik, ia perlulah unik, sedap didengar, dan ada kesinambungan dengan nama ayah atau ibu. Ada juga nama anak yang diberi oleh atok atau pun nenek.. Atau pun mungkin dapat ilham dalam mimpi? Siapa tahu kan?

Dimulakan dengan nama my little one ye, Muhammad Hami Danish

Muhammad : yang terpuji
Hami : yang melindungi, mempertahankan
Danish : pengetahuan, bijak

Cerita sebalik nama Danish?? Aku mula mencari nama untuk Danish bila aku dah 5 month pregnant. Aku guna buku Nama-nama Indah Dalam Islam yang aku pinjam dekat library desa. Lama juga aku pinjam buku tu. Sampai dah nak naik lunyai pun.. ehehehe..

Walaupun aku memang tak ada clue langsung yang aku akan dapat anak lelaki ke atau perempuan. Tapi entah kenapa setiap kali buka buku tu mesti mata aku ni cecepat cari kat bahagian nama lelaki. Banyak juga senarai nama yang aku pilih. Niat aku bila dah ada senarai tu barulah nak bincang ngan midon. 

Sampai masanya aku tunjuk senarai dekat Midon, semuanya dia tak berkenan.. Geram jugaklah kan. Kita penat-penat cari, last2 dia tolak mcm tu je.. Akhirnya aku cakap ngan dia, Midon je la bagi nama. Lina ikut je.. 

Dan selepas aje habis aku cakap tu, buku tu dah bertukar tangan.. Dia pula asyik ngadap buku tu. Terharu juga la aku tengok dia bersungguh  nak cari nama untuk anak dia.. Dan, sama macam aku, dia pun cari nama untuk lelaki je.. Macam tahu2 je tau.. Akhirnya, persetujuan dah dibuat. Nama Danish midon pilih, Hami aku yang pilih (Hami kan mcm Hamidon..) dan Muhammad pilihan bersama.. Jadilah Muhammad Hami Danish.

Sampai la saat aku nak bersalin pun, still tak tahu jantina anak apa. Pernah 2 kali scan, dua2 kali tu lah tak nampak.. Aktif sangat kata Doktor.. Akhirnya, tanggal 24.09.08 benar kata naluri aku, aku dapat anak lelaki yang sungguh comel. Disebab kan Danish waktu lepas lahir kena jaundice, aku kena tahan kat wad. Seminggu aku masuk duduk sana. Sayu je hati.. Nak-nak masa malam raya tu.. Midon call aku nak suruh confirmkan nama anak sebab midon nak bayar zakat fitrah..

Midon : Lina, jap lagi Midon nak bayar zakat ni.. Confirm tak nama tu?
Aku    : Apa ye namanya?
Midon : Muhammad Hami Danish..

Aku terdiam dan berfikir....

Aku     : Ya.. confirm..
Midon : Muhammad Hami Danish ye..

Dalam hati aku pun menyebut nama itu.. Muhammad Hami Danish.. Ya.. itulah nama anak ibu..

Wooohhh.... Sentimental betul la bila teringat balik macam mana perasaan aku saat pertama kali menjadi ibu.. Ehehehe.. Semua para ibu akan emo kan bila menyentuh pasal perkara ni.. Ntah2 ada yang nangis tu.. Kan? kan??

Okey.. sekarang uolls dah tau cerita aku, cerita korang lak cam na? Meh lah kongsi2 skit.. Sharing kan caring.. Boleh juga bagi idea untuk bakal-bakal ibu pula nanti.. 

Ops.. kalau nak segarkan balik ingatan mengenai maksud sebalik nama anak tu, meh jengah sini ye..

4 comments:

  1. kenangan 1st time dpt anak?? mmg best.. kenangan masa nk bg nama.. pun best.. selagi x cukup 9bln.. x nmpak bby dpn mata.. mcm2 pilihan brlegar dkt kepala..

    ReplyDelete
  2. nak pilih nama mmg ssh..sbb semua nama best2...tp sy xnaklah letak nama panjang sgt. sian lak kat anak2 nak tulis nama panjang dia bila nak jwb exam..nnt habis masa tulis nama je..hehe

    ReplyDelete
  3. sy pun rs nak tulis gak entry 'disebalik nama' ni..biar anak2 tau camane kami dpt nama diaorg..haha

    ReplyDelete
  4. zaliyati.. dah tulis entry kang, saya singgah ye..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu