Sabtu lepas aku pergi TNB (Tenaga Nasional Berhad) untuk bayar bil elektrik. Memang dah menjadi kebiasaan bagi aku pantang nampak template, mesti aku cekup bawa balik rumah. Dalam banyak-banyak template yang ada, yang satu ni menarik perhatian aku. Kos Penggunaan Peralatan Elektrik. Kerana, aku percaya sama seperti aku, ada pengguna-pengguna di luar sana yang tak berapa tahu kos sebenar penggunaan alatan elektrik dekat rumah kan?
Okey.. let's check it out...
PERIUK ELEKTRIK 1000 watt = 4.2 sen untuk 10 minit
TV WARNA 100 watt = 2.4 sen sejam
PETI SEJUK 550 watt = 78.6 sen sehari
SETERIKA ELEKTRIK 1000 watt = 4.2 sen untuk 10 minit
PENYAMAN UDARA 1.0 HP = 20 sen sejam
PEMANAS AIR 2000 watt = 8.4 sen untuk seminit
MESIN BASUH PAKAIAN 1080 watt = 4.2 sen untuk 10 minit
PEMBERSIH HAMPAGAS 550 watt = 2.1 sen untuk 10 minit
PENAPIS UDARA 550 watt = 2.1 sen untuk 10 minit
KETUHAR MIKRO 1300 watt = 5.2 sen untuk 10 minit
DAPUR ELEKTRIK 1500 watt = 6.3 sen untuk 10 minit
PENGERING PAKAIAN 3000 watt = 12.6 sen untuk 10 minit
CEREK ELEKTRIK 2400 watt = 2.1 sen seliter
MESIN BASUH PINGGAN MANGKUK 2700 watt = 10.5 sen untuk 1o minit
Nota : Pengiraan kos penggunaan elektrik dibuat berdasarkan kepada purata harga jualan bagi pengguna kediaman iaitu 24.57sen per unit.
Contoh Pengiraan :
Elektrik dijual berdasarkan kadar unit. Satu unit elektrik yang digunakan adalah dengan kadar 1 kilowatt (1ooowatt) untuk satu jam. Ini bermakna lampu 100 watt yang dipasang selama 10 jam hanya menggunakan 1 unit sahaja, begitu juga perkakasan 1 kilowatt yang beroperasi selama satu jam.
patut la aku rumah bil letrik sampai rm300++, 24 jam pasang aircond je ni
ReplyDelete