Saturday, April 17

Hari Ini Aku Mahu Rehat


Dah masuk hari Sabtu rupanya ye.. Sekejap sangat rasanya minggu ni berlalu.. Husband pula dah masuk 2 hari ke Kemaman.

sekadar gambar hiasan.. kot2 ada yg rindu ngan danish

Oh ya.. Nampaknya aku macam nak rehat je hari ni.. Nak ngadap tv.. Malam ni ada konsert AF.. Walaupun aku tau Af sekarang ni dah hilang baranya, tak macam dulu.. Banyak sangat perubahan yang dilakukan. Aku tak tahu la korang pula rasa macam mana.. Tapi bagi aku, perubahan tu menghilangkan aura Af yang sedia ada..

Bermulanya dengan pengunduran Aznil sebagai pengacara merupakan salah satu sebab AF mula jadi tidak menarik.. Mungkin cerita lama.. Tapi percaya atau tidak, selepas pemergian Aznil, Af mula hilang taringnya..

Apa lagi ye aktiviti aku hari ni, erm.. nak sambung tengok cerita Friends.. Sekarang aku dah sampai Season3, cd2. Ehehehe... ulang balik tengok cerita Friends.. Kan aku dah cakap.. Tengok banyak kali pun memang tak boring..



Ok la.. bye..

No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu