Tuesday, April 13

Bukan Semua Ibu Itu Mulia

Ibu, adalah satu gelaran yang amat tinggi martabatnya dalam Islam. Sehinggakan Rasulullah pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Ini bermakna seseorang anak sudah pasti tidak dapat masuk syurga tanpa keredaan ibunya walaupun sebaik mana sekalipun amal soleh yang dilakukannya.

Tapi bagaimana pula kisahnya dengan Rosniza Ibrahim yang dituduh membunuh kedua anaknya Muhammad Alif Hakimi Idris 6 tahun dan Muhammad Alif Hazimi 2 tahun? Dia didakwa membunuh anaknya dengan cara menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika.

Berikut petikan dari Kosmo! online:
********************************************************************

Bunuh dua anak: Ibu kena bela diri

PULAU PINANG - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang ibu supaya membela diri terhadap tuduhan membunuh dua orang anaknya dengan menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak, menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No. 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Februari 2007.

Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi Idris, 6, pada pukul 11 malam di rumah itu manakala Muhamad Alif Hazimi, 2, kira-kira 15 minit kemudian di tempat dan pada hari yang sama.

Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

********************************************************************
Inikah yang dikatakan seorang ibu yang mulia? Tidak sama sekali.. Janganlah disebabkan nila yang setitik, rosak susu sebelanga.. Janganlah merosakkan nama ibu yang diberi sanjungan dan ditinggikan martabatnya dalam Islam.

Apa jua masalah yang dihadapi, seorang ibu seharusnya berusaha untuk melindungi anaknya dari segala musibah. Janganlah anak dijadikan tempat untuk melepaskan geram. Anak seharusnya dijaga dengan penuh kasih dan sayang.

Aku percaya ibu yang normal tidak sanggup melihat anaknya diseksa. Walaupun anaknya itu tidak sempurna sifatnya, bukanlah menjadi satu alasan untuk anak itu diketepikan. Mereka lahir ke dunia ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Ibu yang sanggup mendera dan membunuh anak sendiri ini aku labelkan sebagai ibu yang tidak waras ataupun tidak normal.. Tidak wajar dipanggil ibu kerana sesungguhnya anda tidak layak mendapat gelaran itu..

p/s: Sama-samalah kita menginsafi diri untuk menjadi ibu yang lebih baik untuk masa depan anak tersayang.. Pesanan ikhlas untuk diriku jua yang serba kekurangan..

2 comments:

  1. dunia akhir zaman, x pernah terfikir mcmane seorang ibu yang mengandungkan anak boleh buat sekejam ini

    ReplyDelete
  2. itulah kan.. kita kalau tercubit anak ke apa ke.. walhal kalau anak main2 pastu terjatuh pun kita dah salahkan diri sendiri.. menyesal.. Ini sampai sanggup bunuh anak.. Tak terjangkau dek fikiran.. Jauhkanlah...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu