Trilogi Bagaikan Puteri ini mengandungi 3 buah novel iaitu
Bagaikan Puteri

--------------------------------------------------------------------------------

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
------------------------------------------------------------------------------------
Cinta Sang Ratu
Laksamana Sunan yang telah kehilangan Haryani pulang semula ke tanah Acheh.. Beliau dipanggil untuk memerangi manusia penyembah syaitan iaitu Ratu Sulaman.. namun.. pertemuan awal Laksamana Sunan dgn Ratu Sulaman telah mengubah hati dan pendirian Sang Ratu.. melalui ungkapan ” Sebagai manusia..aku sayang padamu” oleh Laksamana Sunan telah memutikkan cinta di hati Sang Ratu.. Sang Ratu akhirnya dipulihkan dari kuasa sihir Maharani dan menjadi isteri Laksamana Sunan.. Namun Maharani menjejaki Ratu Sulaman dan menculik Sang Ratu… Laksamana Sunan menjejaki isteri kesayangannya Sang Ratu yg telah disihir menjadi manusia penyembah syaitan semula.. biarpun berjaya.. namun dalam pertempuran yang berlaku.. Ratu Sulaman dibunuh oleh Maharani sendiri.. “lelaki berduka dari Tanah Rencong” yang digambarkan sebagai Laksamana Sunan membuktikan kedukaan yang ditanggung… namun sifat mulia dan rasa cinta pada Allah mengatasi segala-galanya..-------------------------------------------------------------------------------------
Jalan cerita yang menarik, mampu membuatkan aku hidup di alam percintaan fantasi.. Insan sesempurna Laksmana Sunan menjadi dambaan semua wanita. Tapi, di penghujung trilogi menimbulkan 1001 ketidakpuasan di hati peminat kerana watak Laksmana Sunan seakan-akan dimatikan di penghujung cerita. Namun atas suara peminat, akhirnya Ramlee Awang Murshid menyambung kembali trilogi hebat ini iaitu Cinta Sufi. Walaupun tanpa 2 watak utama sebelum ini iaitu Haryani dan Dani, namun tidak menjadi penghalang untuk aku mencari novel ini di kedai nanti...
Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak. Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada yang dah beli?? Nak pinjam... ehehe...
saya mmg folow this story. dh ada eh cinta sufi. nak g cari la mcm ni. takat ni yg 3 tu dh khatam dh
ReplyDeletedah ada dah novel nyer kat pasaran.. mesti best kan nanti?? Tak sabo nak baca..
ReplyDeletesambungan cinta sufi nak kuar dah... tak sabar.. ehehe
ReplyDelete